Apakah itu ‘Clay Bar’ ?
Clay Bar adalah berbentuk seperti tanah liat yang selalu
kita lihat kanak-kanak guna untuk permainan, namun ianya adalah berbeza. Clay
bar adalah dicipta untuk kita persiapkan kenderaan semasa proses membasuh
sebelum proses polishing.
Ianya dicipta bertujuan untuk:
- - Menanggalkan kesan tar yang halus
- - Menjadikan tekstur cat yang kasar agar menjadi halus
- - Menarik kesan kotoran seperti habuk brek dan lain-lain yang tidak Nampak melalui mata kasar.
Clay bar adalah dicipta khas untuk permukaan cat. Cirinya yang
menarik kotoran dengan cara adhesion mampu mengeluarkan kotoran yang terdapat pada
permukaan cat. Tetapi sebelum proses clay bar, kenderaan haruslah di basuh
dahulu dan di keringkan sepenuhnya.
Clay bar boleh didapati di Ace Hardware atau mana-mana
Detailing Shop yang berdekatan.
Cara Penggunaan Clay
Bar .
1.
Basuh kenderaan yang ingin di clay
2.
Keringkan permukaan cat
3.
Gunakan pelincir
clay bar dan spray pada tempat yang ingin di lakukan.
4.
Layangkan sahaja clay pada panel.
5.
Terbalikkan permukaan clay jika terdapat banyak
kotoran.
6.
Bilas kenderaan selepas clay.
Harus di ingatkan, Clay bar jika terjatuh ke atas jalan /
tempat yang berpasir adalah dinasihat terus buang oleh kerana pasir akan
melekat pada clay dan akan membuatkan permukaan cat calar.
Cara menyimpan Clay bar.
Cara terbaik untuk menyimpan clay bar adalah dengan rendam
clay bar dengan air paip sahaja. Jika di biarkan diluar sahaja, clay bar akan
cair dan tidak dapat digunakan lagi.
Harap info yang kami berikan memberi manfaat kepada readers
Carbike AutoDetailers
Passion – Knowledge – Skill
Auto Ceramic Coatings
011 3792 2230
sakam tuan,minta tuan share lagi ilmu pengetahuan tuan yg basic..sgt berguna tuan
ReplyDelete