Skip to main content

Panduan Memilih 'Polishing Compound'


Panduan Memilih ‘Compound Polishing’
Carbike AutoDetailers
Passion – Knowledge – Skill

Bagi detailer yang baru sahaja menceburi bidang detailing ini mesti menghadapi masalah untuk memilih compound polishing  yang sesuai untuk kerja-kerja polishing. Terdapat berbagai jenis compound  yang dijual di pasaran tempatan ataupun luar negara.

Namun pelbagai persoalan yang kami terima dari detailers antaranya adalah : -
  • ·         Bagaimanakah untuk memilih compound yang sesuai ?
  • ·         Bagaimanakah untuk menentukan spesifikasi compound ?
  • ·         Bagaimanakah untuk memilih pad yang sesuai dengan compound ?
  • ·         Apakah jenis- jenis compound ?
  • ·         Apakah speed  yang sesuai untuk setiap compound ?


Baiklah kita akan pergi satu persatu tentang panduan memilih compound polishing ini.  Untuk topik kali ini kami akan menggunakan menzerna sebagai base panduan untuk memilih compound polishing.

Jenis Compound.
Terdapat berbagai jenis compound polishing di pasaran tetapi yang kami ingin kongsikan pada artikel kali ini adalah dua jenis compound yang kebiasaannya dijumpai di pasaran Malaysia.

Antaranya adalah Oil Based & Water Based compound.


Oil Based Compound
              

  Amnya compound ini mempunyai sedikit minyak di dalamnya. Ini bertujuan untuk mendapatkan hasil wet look  dengan lebih cepat dan cantik. Kebiasaannya compound seperti ini sesuai untuk digunakan untuk proses finishing kerana hasil melelehnya sangat terbaik.
              
  Untuk mengetahui compound itu oil based ataupun tidak boleh bertanyakan pada jurujual ataupun boleh dilihat pada label botol compound itu sendiri.
                

Kebiasaanya brand Meguiars mempunyai minyak pada compoundnya.
Namun compound ini agak sukar digunakan bagi detailers baharu kerana compound ini mempunyai Glaze/ fillers untuk menutup kesan2 calar halus.
Caranya adalah dengan lap semula panel yang telah dipolish dengan Isopropyl Alcohol / ipa untuk melihat sama ada calar itu telah hilang ataupun belum.


Water Based Compound

                Compound ini amat jarang untuk ditemui, dan komposisi utama dalam compound ini adalah campuran dengan air. Apakah kelebihan compound water based ini ?
Pada kami sebagai detailers juga berpendapat bahawa compound ini adalah sangat terbaik untuk kerja paint correction kerana compound ini hampir tiada Glaze dan fillers untuk menutup kesan calar- calar halus.

                Jadi ini memudahkan dan mempercepatkan kerja polishing.  Kebiasaannya compound ini mempunya label pada botolnya menyatakan ia nya adalah Waterbased compound.

                Jenama Osren dan EXQ adalah compound yang mempunyai rating Waterbased.

Jadi topik ini akan jadi panjang sedikit sebab banyak info yang akn kami kongsikan, harap tuan-tuan membaca dan dapat manfaatkan sedikit sebanyak info yang kami berikan.

Baiklah, seterusnya adalah pelbagai jenis code compound polishing  yang terdapat  di pasaran.




Jika anda lihat gambar rajah di atas, terdapat pelbagai coding untuk compound. Janganlah anda keliru dan pening untuk memilih compound ini kerana setiap compound telah tertulis pada label apakah kegunaan setiap compound polishing itu.




Compound
Jika anda lihat pada label botol terdapat rating CUT & GLOSS.  
Cut – adalah rating kekuatan compound untuk memotong cat
Gloss – adalah rating berkilat yang ada pada dalam compound.

Jadi dua benda ini sangat penting untuk anda lihat baca dan kaji sebelum anda membeli mana-mana produk.



Perhatikan pada carta cut and gloss. Lihat skala yang telah diberikan.
Kita ambil contoh Super Heavy Cut 300, ianya mempunyai daya potongan pada skala maksimum iaitu 10, manakala compound ini juga memberikan gloss selepas polishing pada skala 6. 

         Pada barisan FOR GRIT REMOVAL ini juga sangat penting, grit ini adalah benchmark untuk menentukan calar bagaimana yang compound ini mampu clearkan . Grit adalah dari coding kertas pasir. Ini bermaksud jika anda mengambil kertas pasir bergrit 1200 dan gosokkan pada permukaan cat dan menggunakan compound Super Heavy Cut 300 + Heavy Cutting wool ianya mampu mengurangkan / menghilangkan kesan calar tersebut. 

Harus di ingatkan dilarang menggunakan teknik sanding jika anda tiada asas untuk sanding cat kenderaan. Amalkan STOP WORK bila calar yang dalam tidak dapat dihilangkan. Dapatkan pendapat dari yang mahir.

Jadi kesemua coding pada compound adalah sangat membantu anda untuk memilih compound yang sesuai untuk kerja anda.

Saya cadangkan untuk kekal pada satu produk yang anda telah selesa untuk gunakan. Anda tidak perlu untuk membeli semua series compound untuk mengelakkan pembaziran.



Series Heavy Cut Compound     
  
Anda hanya perlu menggunakan satu sahaja dari heavy cut / medium / finishing compound.
Ini adalah cadangan saya untuk bagi produk yang telah kami cuba.

Meguiars – M105 ( Heavy Cutting )  & M205 ( Finishing )
Menzerna – HCC 400 , MCP 2500, SF 3500
Osren – Perfect50 , Nao 46 , PC 20



3 in 1 Compound
Cut, Gloss and Wax, itu adalah ciri-ciri bagi compound 3 in 1 ia sangat cepat dan mudah untuk cat yang tidak teruk atau untuk kereta baru. Namun compound ini sangat tidak sesuai untuk heavy paint correction kerana ianya mempunyai wax yang akan menutup calar- calar yang terdapat pada cat.




Pemilihan compound yang sesuai dengan pad polishing.
Pemilihan pad untuk compound ini sangat subjektif, ianya bergantung pada keadaan cat.
Detailers seharusnya mengamalkan petak 1 kaki x 1 kaki  bagi mencuba setiap compound polishing sama ada sesuai untuk cat tersebut atau tidak .

Jika untuk heavy cut jangan terus buat untuk heavy, cuba dengan medium compound + medium pads dan lihat hasilnya bagaimana. Dan jika memerlukan heavy barulah kita akan gunakan heavy cut compound + heavy pads. Dan disusuli medium polishing stage.




Jadi untuk anda memilih compound yang sesuai dengan pad polishing, anda perlu juga memahami spesifikasi pad polishing anda. Jika tiada spesifikasi pada packaging polishing pad, anda boleh terus bertanyakan pada jurujual barang tersebut apakah kegunaan pad tersebut.

Sekian perkongsian kami pada artikel kali ini. Harap dengan artikel ini memberi manfaat pada semua.

Comments

Popular posts from this blog

Ketahui 7 Jenis Polishing Pads

Ketahui 7 Jenis / Kelas Polishing Pads  Masih ramai detailers di luar sana tidak memahami tentang polishing pads, malah mereka hanya mengikut telunjuk orang lain untuk polish cat kenderaan tanpa mengkaji atau mengetahui apakah kelas dan fungsi bagi setiap polishing pad yang ada dipasaran.  Pada penulisan blog hari ini CAD ingin berkongsi tentang beberapa kelas polishing pads yang boleh dijadikan sebagai garis panduan pada detailers yang baru bermula atau yang telah lama dalam dunia detailing.  Pad polish terbahagi kepada beberapa kelas : ·          Paint levelling ·          Heavy cutting wool pads ·          Medium cutting wool pads ·          Heavy cutting foam pads ·          Medium cutting foam pads ·          Finishing foam pads ·          Wax foam pads Paint levelling pads                 Paint levelling pads khususnya digunakan untuk mengurangkan kadar kulit limau yang ada di permukaan cat. Erti kata lain, paint levelling pads  digunakan utk mera

Kenapa Hanya Detailers Menggunakan Claybar ?

Apakah itu ‘Clay Bar’ ? Clay Bar adalah berbentuk seperti tanah liat yang selalu kita lihat kanak-kanak guna untuk permainan, namun ianya adalah berbeza. Clay bar adalah dicipta untuk kita persiapkan kenderaan semasa proses membasuh sebelum proses polishing. Ianya dicipta bertujuan untuk: -           Menanggalkan kesan tar yang halus -           Menjadikan tekstur cat yang kasar agar menjadi halus -           Menarik kesan kotoran seperti habuk brek dan lain-lain yang tidak Nampak melalui mata kasar. Clay bar adalah dicipta khas untuk permukaan cat. Cirinya yang menarik kotoran dengan cara adhesion   mampu mengeluarkan kotoran yang terdapat pada permukaan cat. Tetapi sebelum proses clay bar, kenderaan haruslah di basuh dahulu dan di keringkan sepenuhnya. Clay bar boleh didapati di Ace Hardware atau mana-mana Detailing Shop yang berdekatan. Cara Penggunaan Clay Bar . 1.        Basuh kenderaan yang ingin di clay 2.        Keringkan p